Barisan produk BRAVIA

TV LCD BRAVIA KDL-46X2000.

Barisan produk Sony BRAVIA terdiri daripada pelbagai model televisyen definisi tinggi LCD dan OLED mengikut saiz, resolusi paparan (definisi tinggi (HD) tersedia atau HD sepenuhnya) serta ciri-ciri yang diterapkan di dalamnya.

Di Malaysia, produk TV Sony BRAVIA (setakat Januari 2010) boleh didapati dalam enam siri yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza seperti Siri Z, Siri W, Siri V, Siri S, Siri S20 dan Siri T.[2]


HDTV Sony BRAVIA.

TV hijau

Khusus untuk pasaran Jepun pada 30 Julai 2009, produk hijau Sony, TV 32 inci panel leper berharga 150,000 yen (AS$ 1,400; € 900) BRAVIA KDL-32JE1 menawarkan kelebihan dari segi ekologi termasuklah penjimatan tenaga elektrik sehingga 70% setahun berbanding model serupa dengan kualiti imej yang sama. Bagi pengguna yang bergantung kepada punca penjana elektrik yang menghasilkan karbon dioksida, ia mengurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 79 kilogram setahun.[3][4]

Telefon bimbit

Telefon bimbit BRAVIA dikeluarkan oleh Sony Ericsson Jepun. Telefon bimbit BRAVIA berupaya untuk menonton siaran televisyen sedunia 1seg.

FOMA SO903iTVFOMA SO906i

Aksesori

Pada April 2007, Sony melancarkan BRAVIA TDM-IP1,[5] a model dok untuk membolehkan main balik audio dan video yang disimpan di dalam Apple iPod pada sesebuah televisyen model BRAVIA.